Saturday, January 23, 2010

Ketika traffic jam

Hujan turun dengan lebat. Elina sedang menunggu di dalam kereta berhampiran stesen KL Sentral.
Menunggu kelibat seorang jejaka, Hassan, teman terbarunya.

"Kringggg"

"Hello.. ha, saya kat belakang kereta Storm tu.. ha.. " kata Elina lalu meletakkan telefonnya.

Tidak lama kemudian, ternampak bayang seorang lelaki, bergalaskan beg di sisi, berlari menuju ke kereta.

Elina memandang lelaki itu yang sibuk mengambil tisu dari kotak tisu yang tersedia di atas dashboard kereta Kelisa merah tu.

Rambutnya yang tersusun rapi, badannya kurus, matanya bulat. Kulitnya kuning sawo matang.
Terdapat misai dan janggut di mukanya. Kemas. Inilah Hassan, gentak hati Elina. Teman lelaki baru ku.

Lelaki itu memandang ke arah Elina.

"Ha, jadi nak pergi mana lak lepas ni? Basah kuyup saya lari dalam hujan"

Elina tersenyum. Lantas masukkan gear kereta, bersedia untuk drive ke tempat seterusnya.

"Pergi Mid Valley" jawab Elina.

"Mid Valley?" tanya Hassan lagi.

"Ha, kan nak makan. Tak nak carik tempat yang open air skrang. Nanti basah lagi nak naik kedai makan. Kat mid valley parking tertutup. Tak la kuyup" kata Elina lagi.

"Okeh" kata Hassan lalu memasang tali keledar.

Hari Jumaat. Malam.

Traffic jam dari jalan keluar dari KL Sentral menuju ke arah Mid Valley.

"Haish. Nak pergi Mid Valley pon dah jam macam ni" kata Hassan. Matanye memandang ke kereta-kereta di hadapan kereta Kelisa Elina.

"Biasalah, hari Jumaat. Malam kot. Lagi-lagi hujan macam ni ha." jawab Elina.

Hassan terdiam.

Tetiba, die memandang ke arah Elina yang sedang memandu kereta.

"Awak.. awak tau tak.."

Elina memandang ke arah Hassan pula.

"Antara banyak-banyak orang yang saya pernah contactla kan, awak yang layan saya paling teruk tau."

"Hah??" Elina tergelak.

"Apasal pulak paling teruk?" tanye Elina pula.

Hassan pula tergelak sekali.

"Yelah, kalo girl lain, asyik nak call je tiap jam, nak message je selalu. Awak ni.. saya call bukannya nak angkat. Bukan nak message saya pon. Penat saya tunggu. Baru je start balas message, tetibe lak sedar-sedar diam je. Rupanya dah tido. Memang penat la saya ni nak tunggu awak tau." terangkan Hassan.

Elina terdiam. Memang betul pon cakap Hassan. Die seakan cuba mengelak Hassan. Tetapi hakikatnya Hassan memang teman lelaki barunya. Selepas Razy dan die bergaduh.

Dah hampir 7 bulan tidak contact Razy.

Bila Hassan berkenalan dengannya, terus Hassan menyatakan minat untuk menjadi lebih dari kawan.

Elina menerima, tetapi hatinya bukan terbuka sepenuhnya buat Hassan. Masih teringatkan Razy. Terkenang-kenang.

"Awak tu.. antara banyak-banyak lelaki saya pernah contact.. awak yang paling banyak contact saya tau! Asyik call, message.. macam tak de keje je nak buat tau.." kata Elina pulak.

Hassan tersenyum.

"Yelah, saya nak tau awak macam mane. Saya nak tau awak buat apa. Saya nak tunjuk saya care pasal awak. Tu je."

Terus Hassan memandang ke arah lampu-lampu neon di tepi jalan yang penuh dengan kereta-kereta itu. Hujan semakin lebat.

Elina pon switch off radio. Signal tak clear. Tak dengar pon lagu apa yang dimainkan.

"Best jugak tau ada orang care pasal saya." kata Elina.

Hassan terus memandang Elina, menyentuh rambutnya, menolak ke belakang telinga lantas berkata, "Tau pon".

3 comments:

Matematis Muda said...

macam petikan novel je

EFF said...

haha. mmg pon tulis mcm novel pon. :P

ayumin said...

Hahaha now I get it