Monday, August 4, 2008

Gundah

Aku tidak tahu kenapa aku bersemangat menulis blog dalam bahasa Melayu pula setelah sekian lama menyepi dalam arena blog ini. Mungkin pemergianku tidak disedari oleh orang pun. Maklumlah, blog aku tidaklah sepopular Kennysia atau Rocky Bru's mahupun Malaysiakini.com.



Tetapi memandangkan idea-idea aku seakan-akan mengalir bagaikan sungai pada malam ini, aku mengizinkan diri aku menulis blog dalam bahasa Melayu. "The Psychiatric Series" akan ditangguhkan buat sementara waktu, sehingga aku dapat menguruskan masa dan tekanan jiwa dalam hidupku dengan sebaiknya.



Aku antara orang-orang dalam jurusan aku yang tidak mempunyai teman lagi. Iya, tidak mempunyai kekasih, orang untuk dipanggil sayang, orang untuk ku berkongsi masalah, dan pelbagai lagi perkataan lagi untuknya. Tapi kali ini aku memilih untuk memanggilnya teman lelaki. Iya, aku tidak mempunyai teman lelaki. Konsepku buat kini adalah, sekiranya ada yang sudi dengan ku, akan ku layan, tapi tidaklah aku gersang hingga ke tahap mahu mengambil siapa saja yang berjalan didepanku dan bergelar lelaki menjadi teman lelakiku. Walaupun ada kalanya aku berasa sepi. :(



Kadang-kala, ada juga yang berkawan dengan ku. Tidak kurang juga yang ingin memulakan hubungan sebagai teman lelaki dengan ku. Tetapi hatiku gusar. Aku tidak mahu dilukai. Aku tidak mempunyai masa untuk memulihkan hatiku kembali. Aku perlu masa untuk belajar.




Tetapi, bagaimanakah kita akan tahu yang manakah pasangan yang telah dipasangkan oleh Tuhan untuk kita? Bagaimana kalau kita terlepas orangnya? Bagaimana pula kalau kita memilih orang yang sepatutnya menjadi pasangan kepada orang lain?




Gundah gulana. T_T


p/s : Aku terkenangkan filem "The Holiday" yang dibintangi Cameron Diaz, Kate Winslet, Jack Black dan seorang lagi pelakon yang ku lupa namanya pada masa ini. Kali terakhir aku melihat filem tersebut, aku menangis. Jiwang sungguh.

4 comments:

anaquerida said...
This comment has been removed by the author.
anaquerida said...

lagi seorang tu jude law.
how can u forget him.:P

NanaNisa said...

i watched the holiday like 5 times already. never get bored of it.

i'm also gundah! huhuhuhu

Farah Waheeda said...

nana : haaa.. tulah jude law. so good looking! :D

nananisa : i know right, welcome to the gundah club ;p