Di kala hati sedang gundah gulana memikirkan masalah jiwa, teman sekatilku (sebab kami berkongsi katil double decker, dia di bawah aku di atas) mengajak ku membeli ais krim di kedai berhampiran hostel kami.
Untuk mengurangkan berfikir mengenai masalahku, aku pun bersetuju, walhal diriku berasa mengantuk. (Aku sering berasa mengantuk tika menghadapi masalah, dan aku akan tidur, mudah-mudahan mendapat ilham bagaimana mahu menyelesaikan masalah dalam mimpi). Bila aku bersiap dan ingin menyarungkan selipar, sedar-sedar di muka pintu, selipar aku sebelah hilang. Tidak tahu di mana.
"Ah.. alang-alang sarungkan saja selipar mana yang ada di pintu rumah itu!"gentak hatiku. Aku pun menyarung selipar berwarna merah. Sungguhku menyesal setelah berjalan turun 2 tingkat ke bawah setelah itu. Selipar itu sungguhlah tidak selesa. :(
Kami pun berjalan ke arah kedai runcit yang lebih kurang 5 minit dari hostel kami. Nasib baik kedai runcit itu dekat. Kalau tidak, mestilah tapak kaki ini sakit nanti.
Setelah sampai ke kedai runcit, aku menyedari ada seorang perempuan cantik dan temannya keluar dari kedai itu.
"Cantik la perempuan tu" ujar ku pada teman sekatilku.
"Yang lepas rambut tu ke? Nampak macam pesakit psychiatric je"jawab rakanku pula.
"Bukanlah. Yang ikat rambut tu lah." kataku sekilas lalu.
Aku pun terus ke arah peti minuman sejuk.
Terdapat ramai orang lain di dalam kedai itu. Aku rasa mereka ini mestilah pelajar-pelajar dari kediaman berdekatan, seperti yang dari Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mataku terus mencari minuman coklat untuk menenangkan diri ku. (Aku sering mengambil coklat ketika gundah-gulana) Akan tetapi, tiada yang ada di situ melainkan Dutch Lady Chocolate Milk yang tinggal hanya satu. Dan kotaknye seakan-akan remuk.
Aku pun mencari minuman lain. Mataku terpandang tin minuman jus nenas. Hah! Dah lama tak minum jus ni, apa kata beli jus ini sajalah!
Aku pun mengambil tin minuman itu, lantas mengambil satu bar coklat dan pergi ke kaunter pembayaran.
"RM3" kata pemilik kedai tersebut.
Aku pun membayar nya.
Aku terus mengambil tin minuman itu dan ingin membukanya.
Akan tetapi picu tin itu seakan-akan ketat, dan aku cuba menariknya untuk membuka tin tersebut, tapi tetap tidak berjaya.
Aku pergi ke kaunter itu kembali. Terdapat seorang lelaki yang seakan umur hampir denganku dengan secawan jeli di tangannya dan pemilik kedai tersebut.
"Abang, tin ni tak boleh bukak la. Boleh tukar tak?" tanya ku.
"Tak leh bukak?"tanya pemilik kedai itu kembali.
Lantas tangannya mengambil tin minuman yang dihulur tanganku.
Dia pula mencuba menarik picu tin minuman itu.
"Takkan berjaya la.. aku dah cuba tadi"fikirku.
Tiba-tiba, tin itu terbuka.
Lelaki seakan umur aku itu tersenyum.
Pemilik kedai itu menghulurkan kembali tin minuman yang sedia untuk diminum itu dengan muka selamba.
Aku pun mengambil tin itu dengan merasa tidak percaya. Rupanya aku tidak mempunyai kekuatan untuk membuka tin minuman. Di mana malu ku? :P
No comments:
Post a Comment