Monday, June 9, 2008

Tag oleh Nabil :D

*sigh* another tag. But because your blog is super hilarious Nabil, I'm going to complete it anyway, although it does seem almost alike the one I completed for Anot.

But, since it's in Malay, I'll be doing it in Malay la...

Hurm. Sebenarnya, nombor 7 memang satu nombor yang significant dengan diri ini. Dilahirkan pada tanggal 25 November, jadi nombor 25 adalah antara nombor yang digemari. 2 + 5 = 7. Oleh itu, nombor 7 pun digemari juga.


  1. 7 FAKTA TENTANG DIRI
  2. 7 PERKARA MENAKUTKAN
  3. 7 LAGU BUAT MASA INI
  4. 7 PERKATAAN SELALU SEBUT
  5. 7 PERKARA AMAT BERNILAI
  6. 7 'PERTAMA KALI' DALAM HIDUP
  7. 7 BLOG DIPILIH

7 fakta tentang diri


1) Suka bercakap (walaupun dengan orang yang baru dikenali), kalau jumpe orang yang gemar bercakap, memang akan rancak bercakap dan boleh lupa akan masa.


2) Suka memandu kereta. Tetapi disebabkan harga petrol sudah naik, jadi sekarang drive kereta apabila perlu sahaja (contohnya di kawasan yang tiada public transport). Selebih masanya, jadi pengguna kenderaan awam yang setia.


3) Gemar menulis juga. Dari dulu di sekolah menengah telah mula menulis cerita, puisi dan berbagai bentuk catatan, tapi tidak pernah dipamerkan di khalayak umum seperti kini (dalam bentuk blog).


4) Gemar membaca. Setiap kali ada cuti antara semester, akan membeli beberapa buah buku fiction untuk dibaca sepanjang masa cuti.


5) Berasal dari Sarawak. Ibu dari Samarahan, ayah dari Lawas (kawasan hampir dengan Brunei dan Sabah). Apabila mereka berkahwin mereka mula menetap di Kuching. Akan tetapi, ayah mendapat tawaran untuk naik pangkat di ibu pejabat di Kuala Lumpur, oleh itu telah berpindah ke Kuala Lumpur ketika umur 3 tahun. Tidak pernah bersekolah di Sarawak. Oleh itu, selalu menganggap diri orang Kuala Lumpur. Haha.


6) Selalu hilang handphone. 3 kali dalam masa 2 tahun. T_T


7) Anak terakhir. Dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Dan bukanlah manja seperti yang disangkakan.



7 perkara menakutkan

1) Mati dalam keadaan tidak beriman

2) Tiada wang

3) Ikan yang sangat besar (jenis yang panjang lebih 1 meter) atau anjing yang sangat besar

4) Bahasa Melayu akan hilang satu hari nanti.

5) Kena sepit antara pintu lif

6) Pemberontakan besar-besaran antara kaum-kaum disebabkan benci

7) Terjatuh dari tangga bas



7 lagu buat masa ini
1) Time of my life, David Cook
2) Kau dan dia, The Lima
3) Phase, Danity Kane
4) Pachelbel Canon, George Winston
5) Heal Over, KT Tunstall
6) Better in time, Leona Lewis
7) Apologize, David Archuleta and One Repulic



7 perkataan selalu sebut
1) OMG
2) Snap
3) Gedik
4) I know right

* yang lain tak dapat fikir, memang limited vocabulary :P



7 perkara bernilai

1) Ahli keluarga (Termasuk member-member yang rasa macam ahli keluarga)
2) Duit
3) Kereta
4) Kesihatan
5) Akal
6) Kebolehan merasa makanan dan makan
7) Iman



7 pertama kali dalam hidup

1) Hilang handphone. Umur 20 tahun.

2) Ke luar negara : Jepun, umur 16 tahun, homestay programme.

3) Bersemuka dengan mayat, UPM. Umur 19 tahun.

4) Tinggal di luar Kuala Lumpur lebih dari 2 minggu, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang. Umur 18 tahun.

5) Mengambil darah dari pesakit, Hospital Kajang, umur 21 tahun.

6) Menggunakan cermin mata untuk membaca, UPM, umur 20 tahun.

7) Membuat biskut, umur 21 tahun. :P



Tidak perlu lah nak tag orang lain. Siapa rasa nak buat boleh la buat. :P

2 comments:

Matematis Muda said...

because your blog is super hilarious Nabil

erk, apakah
huhu

Farah Waheeda said...

nabil, blog ko mmg lawak..

aku slalu baca gelak sorang2 dpn laptop..

nasib baik orang tak ingat gile :P